- Books

Sungai Mengalir Lesu

Sungai Mengalir Lesu SUNGAI MENGALIR LESU mengisahkan kehidupan di sebuah kampung di tepi sebuah sungai di Singapura semasa pendudukan Jepun Kisahnya penuh tragedi penyeksaan kebuluran kemelaratan dan maut Di satu piha

  • Title: Sungai Mengalir Lesu
  • Author: A. Samad Said
  • ISBN: 9789836257550
  • Page: 154
  • Format: None
  • SUNGAI MENGALIR LESU mengisahkan kehidupan di sebuah kampung di tepi sebuah sungai di Singapura semasa pendudukan Jepun Kisahnya penuh tragedi, penyeksaan, kebuluran, kemelaratan dan maut Di satu pihak, Jepun mengancam mereka dengan pedang dan senapang, sementara di pihak lain Inggeris mengancam mereka dengan serangan bom dari kapal terbang Bagaimanapun, untuk terus hidSUNGAI MENGALIR LESU mengisahkan kehidupan di sebuah kampung di tepi sebuah sungai di Singapura semasa pendudukan Jepun Kisahnya penuh tragedi, penyeksaan, kebuluran, kemelaratan dan maut Di satu pihak, Jepun mengancam mereka dengan pedang dan senapang, sementara di pihak lain Inggeris mengancam mereka dengan serangan bom dari kapal terbang Bagaimanapun, untuk terus hidup, penduduk kampung perlu berusaha Desakan untuk hidup membuat anak anak mencari rezeki di dalam sungai yang kotor, orang muda menjadi penyamun dan gadis gadis menjadi pelacur SUNGAI MENGALIR LESU adalah antara segelintir karya sastera yang sempat merakamkan satu fasa dekad terpenting dalam kehidupan bangsa kita Pengalaman getir kehidupan sekumpulan manusia di sepanjang sebatang sungai turut menjadi lambang kesengsaraan umum rakyat Malaya pada zaman Perang Dunia Kedua Kisah lara sekumpulan insan ini menunjukkan betapa durjananya kesan dan bencana perang terhadap manusia, dan betapa wajarnya kita menghindarinya daripada berulang semula Di samping sebuah karya sastera, SUNGAI MENGALIR LESU juga sebenarnya adalah satu himpunan dokumentasi sejarah sosial yang amat berharga.

    • Free Download [History Book] ☆ Sungai Mengalir Lesu - by A. Samad Said ↠
      154 A. Samad Said
    • thumbnail Title: Free Download [History Book] ☆ Sungai Mengalir Lesu - by A. Samad Said ↠
      Posted by:A. Samad Said
      Published :2018-08-16T17:41:11+00:00

    1 thought on “Sungai Mengalir Lesu

    1. Sebab petang ini memang rasa malas ya ampun nak pergi main futsal atau jogging, jadi naskhah sederhana SN A Samad Said menjadi peneman.Sungai yang tidak bernama dalam novel ini menjadi sumber kehidupan penghuni di tebing. Basir, Mak Buruk, Tuminah, Sukon, Giap Hong, Irwan, Ahmad Jani, Soosay dan ramai lagi manusia pada zaman edan Perang Dunia Kedua di Tanah Malaya.Membaca SML membawa kita merasai sendiri denyut nadi masyarakat yang menderita, terseksa, terhimpit dengan suasana peperangan. Kekeja [...]

    2. Begitu buruk dan busuknya sungai itu, begitulah perit dan sakitnya penderitaan yang dialami oleh mangsa perang di dalam kisah yang ditulis ini. Setiap penderitaan yang dialami digambarkan melalui watak-watak seperti Tuminah,Mak Buruk,Irwan,Giap Hong dan Ahmad Jani yang mampu memberi kesan kepada pembaca. Mereka bukanlah pejuang-pejuang yang mencari kematian untuk mendapat nikmat syurga, apatah lagi berjuang memenangi perang untuk mempertahankan wilayah dan kawasan. Merekalah mangsa yang telah di [...]

    3. Dalam waktu peperangan, orang sudah tidak memberi kerana kemanusiaan. Setiap yang diberi minta dibalas. "Aku boleh beri susu tin ini, tapi aku mahu susu tu". Dan susu manusia dan susu binatang pun bertukar ganti. Demikianlah allegory yang membayangkan betapa hodohnya wajah kemanusiaan yang mengambil kesempatan di waktu sempit dan melarat.Dalam shelter, semua manusia tidak kira bangsa dan agama berlindung daripada bom-bom yang digugurkan oleh pesawat B24 dan B29 - pesawat British yang cuba meramp [...]

    4. Entah lah perasaan apa yang sepatutnya ada usai membaca novel Pak Samad ini. Naratifnya mudah, tetapi sarat dengan kisah manusia yang bertungkus lumus mengharungi hidup di zaman pergolakan perang ketika pendudukan jepun di Singapura. Watak-wataknya orang biasa tetapi mempunyai kisah masing-masing dalam kepayahan mengharungi hidup. Kesempitan dan kemelaratan tidak lagi mengenal kemanusiaan dan dosa pahala kerana yang penting perut diisi, lalu bertukarlah susu tin dengan susu manusia. Allah Dan ap [...]

    5. Kisah ketika perang yang jarnag diperkatakan pengarang, bagaimana penduduk kampung berlar-lari ke arah shelter menyelamat diri dari terkena bom atau di bom, kebuluran akibat kekurangan makanan sehingga memaksa mereka berkeliaran mencari apa sahaja yang boleh dimakan sehinggalah mencuri, pertukaran barang makanan dengan harga diri demi menyelamatkan perut adik beradik (pengorbanan?), kejujuran, kecurangan dan kesetiaan. Semua cerita bercampur dalam satu, berakar dari keinginan manusia menguasai m [...]

    6. An observant and evocatively detailed account of a riverside kampung in Japanese-occupied Singapore. The story is well constructed following several different characters in the village; each character is well-drawn and you are quickly brought into their world, caring for their struggles and understanding their inner turmoil and actions. The scope is small, and yet big enough for you to feel the horror of the war. The landscape is unmistakeably Singaporean (despite the fact modern day Singapore n [...]

    7. kenangan buku dibeli tahun 2014 dari pihak helmy samad di selangorbeli edisi terkini bersiap tandatangan penulisbelum sempat dihabis baca dan telah dipinjam oleh seorang sahabat dari sabah sehingga kini belum dipulangkan.

    8. kesusahan hidup diwaktu perang memaksa ramai wanita dan gadis gadis mengadai badan demi perut keluarga.

    9. Pak Samad jarang mengecewakan. Gambaran zaman perang dunia penuh rusuh sangat mengesankan. Kemanusiaan yang menipis.

    10. Novel ini semacam sambungan pada Di Hadapan Pulau. Namun novel ini agak kurang menarik berbanding dengan novel Di Hadapan Pulau.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *